Get Latest Entry!

Follow Me... [url]http://sangkelu.blogspot.com[/url]

Kembara Promosi ke Sekolah Keb tambun Tulang

2009 Julai 15
oleh abah atieq

Sebenarnya dah dua minggu tempat kerja aku bertukar lagi, kali nih kena menjaja IT di kampung-kampung juga taman-taman perumahan yang di luar kawasan, jadi lepas ni mungkin aku tempetkan saja pengalaman aku bersama bas ni.. lebih banyak cerita moganya…

Selain dari mengadakan pemran jabatan, pameran mengenai I Play Toy Library, juga di adakan beberapa seperti Promosi Perpustakaan Desa berhampiran, promosi bacaan, Tayangan cerita-cerita pendidikan.. juga pameran Bas Perpustakaan terbaru E-Pustaka… 

 
 persiapan terakhir sebelum di serbu
tu diaa.. serbu.. bebudak nih dok beratoq nak tengok bas .. ada yang sampai 3 – 4 kali naik.. oleh kerana masih dalam promosi depa nih tak dapat nak guna kemudahan ni pon.. cuma masuk melawat saja..

~~~silent mode~~~~

2009 Julai 9
oleh abah atieq

Hari ni aku rasa lebih baik aku diam..
.. tiada bait kata-kata
.. maaf kan aku teman,
.. mungkin buat suatu masa,
.. izinkan aku berdiam…

Al kisah.. Keriang dot..

2009 Mei 24
oleh abah atieq
Hari ni, tengah dok ronda-ronda dari blog ke blog, tiba-tiba ternampak satu keratan akhbar kat blog usoong nih, berita yang tertempek kat blog dia hanyalah gambaq keratan akhbar cerita tentang keriang dot. sebenarnya bila sebut buah keriang dot aku rasa lebih pada sebutan di sebelah Utara Semananjung Malaysia ( Kedah dan Perlis), kat tempat lain tak tahu lah pulak di panggil buah apa. Hmm  berita yang di petik dari Utusan Malaysia aku rasa, lebih kurang macam ni berita dia.. 

ini keratan akhbarnya..


Buah keriang dot semakin pupus

JERLUN 14 Mei – Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur.

Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.Ibrahim Mansur, 51, berkata, pokok keriang dot di halaman rumahnya sudah berusia hampir 20 tahun. ”Ayah saya yang menanam pokok ini dan kami memang tertunggu-tunggu apabila tiba musim buah keriang dot.

“Rasanya yang unik dan jarang ditemui menyebabkan rumah saya menjadi tumpuan apabila tiba musim buah ini,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Tempayan Pecah di sini baru-baru ini. Menurut Ibrahim, anak-anak kecil di kampung lebih mengenali buah ini dengan nama ‘anggur Malaysia’ kerana gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur.

Katanya, selain mempunyai rasa yang enak buah ini juga berkesan bagi membantu pesakit kencing manis mengurangkan kadar gula dalam darah mereka. ”Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, mereka tidak perlu bimbang untuk menjamah buah ini kerana ia tidak mempunyai kesan yang buruk bagi penghidap penyakit ini. ”Biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum,” jelasnya.

Ibrahim menambah, buah keriang dot semakin sukar diperoleh kerana pokok keriang semakin pupus. ”Buah ini mempunyai khasiat daripada segi perubatan dan buah ini boleh dikomersialkan jika kajian saintifik mengenai khasiatnya dijalankan secara menyeluruh. “Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia di sebalik buah keriang dot,” ujarnya.


ini lah buah di pokok nya
Sesungguhnya aku penggemar buah keriang dot nih sejak kecik sampai la sekarang, tetapi memang susah nak dapat sekarang ni, tapi masih ada di mana-mana, tak la sampai nak pupus cuma dah kurang kelihatan, akukatakan susahnak dapat pasal, akukena pi mintak di umah orang lain baru ada, kat umah aku tak da, itu yang je yang susahnya.. tapi khamis dan jumaat ari tu ada juga kawan aku yang bawak dari umah dia, boleh juga kau merasa

Network kat rumah..

2009 Mei 24
oleh abah atieq
Okeh.. nih gambar Athirah yang dah pandai senyum memikat..
ooo.. patuh lah, dok kenen nak ajak pi Playland kat belakan tuh… hu huu tak kuasa nak layan.. makan lagi baik.. ha haa haa

Salah satu angan-angan aku ialah nak buat wireless kat rumah, bukan apa saja-saja seronok, dan kebetulan mem akuperlus sangat nak guna laptop, untuk kerja-kerja dia juga pasai dia nak sambung belajar, maka terkedek-kedek la kami pi cari laptop , tapi ingatnya sebelum tu sempat juga membeli belah kat Tesco Mergong, yer lah baru dapat gaji.. beli siap-siap la barang keperluan, sekalimasa dok jalan-jalan cari awek barang, ternampak satu kedai komputer, jadi masuk jerlah , kononnya nak tengok-tengok saja, sekali terus terbeli laptop kat situ, hmm senang keja, tak yah dok pikaiq lagi dah, kang tak jadi beli la pulak…. 
ini lah laptop mem aku, biasa dan tak canggih manggih, sekadar untuk kegunaan typing dan surf internet.. jadi tak der mende nak mahalnya lahkan..?
dan ini lah G Router tu.. belum dapat di uji lagi.. sejauh mana dia boleh pi tak tau la…

Dah lajak beli laptop, kang mesti nak guna internet juga, sebelum nih pakai modem adsl sajor.. tak der sharing pon.. jadi keluar je lah modal beli satu router dlink nih, balik dari Tesco punya lah semangat nak setup wireless bagai, tapi akhirnya mungkin salah baca arahan, or salah tekan button terus dengan setting-setting adsl modem tu hilang, last-last semalaman tak de letrik internet, punya la tension terus aku katup semua, gi tido, bosann nak tengok… jadi pagi nih selepas segala kerja-kerja kat umah ni selesai (gi nat, cuci keta, bawak Athirah jalan-jalan, dsbnya..) dalam kol 12.00 lebih baru aku ngadap balik pc nih dan buat semula sambungan internet, lepas tu buat wireless networking .. he hee tak le susah sangat pon.. dengan bantuan secara online (tepon la..) dari kawan-kawan.. seleasai lah keja aku.. yess akhirnya aku aku ada wireless kat rumah, jadi yang hok dan balik kampung tu.. tak yah berebut PC dah no.. internet dah leh syer.. 

testing……..

2009 Mei 23
oleh abah atieq
testing dari laptop mem.. layan sajo ler
 
  
  
 
sekian la