Kuiz Loghat Peghelih (Kuiz Bahasa Perlis)- Di petik darik Facebook..

2009 Julai 20
by abah atieq
Kuiz ini sekadar untuk menguji samada anda benar-benar tahu loghat-loghat Perlis (utara) yang terpilih daripada beribu-ribu loghat yang jarang-jarang kita guna atau dengar. (Kuiz ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa)


1.
Cha kapa teka ‘bahawa’ atau ’semawa’ mana satu yang betoi.
Ali tidak percaya makanan yang di’bahawa’ nya sudah basi.
Saya akui ‘bahawa’ saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti.
Saya percaya ‘bahawa’ jam itu mempunyai penciptanya.
Samad makan begitu berselera sehingga tak ‘bahawa’ rakan-rakannya yang duduk bersebelahan.
2.
Mentenait dan menyatuh
Menaik dan menurunkan sesuatu dari rumah
Menjolok (mengait) buah dipokok dan menjatuhkan buah dari pokok
Menunjukkan arah matahari naik dan arah matahari jatuh
Memastikan paras air surut dan dalam bagi sawah padi
3.
Apa dia ‘cungit’ yang dimaksudkan?
Bila ternampak lori tanah memasuki kampung, kanak-kanak akan tunggu sehingga pemandu lori tersebut ‘cungit’ semua tanah yang dibawa.
Ah Long yang dikejar anjing berlari ter’cungit-cungit’ sehingga tertanggal kasut.
Mak Limah memarahi Leha kerana nasi yang dimasaknya hangit ‘cungit’.
Pemuda kampung sangat teruja melihat Siti yang suka men’cungit’ pungkoq ketika berlari.
4.
Apa itu ‘jahama’?
Muqaddam
Jahanam
Al Quran
Kitab-kitab
5.
‘Gerik’ sampai ‘Pehui’.
Gigit sehingga reput
Basikal sehingga rosak
Gedik sehingga menjemukan
Gerik di Perak sampai Pehui di Thailand
6.
‘Tuntun’ sampai tak ‘rot’
Menyapu sehingga tiada kesan
Tengok sehingga tidak sedar
Sorong sehingga letih
Melihat sehingga terpinga-pinga
7.
Ketin yang belutin kena seluit
Tapak kaki yang sakit terkena sengat ikan keli
Betis yang kotor terkena lumpur
Tangan yang bersih terkena habuk
Pipi yang kering terkena sinaran matahari
8.
Serlong
Menyarung kain atau seluar
Menilik nasib
Menanam padi
Ukuran keluasan tanah
9.
Apa itu Tepawe?
Bekas makanan dari jenis ’stainless steel’
Bekas makanan jenama Tupperware atau kontainer makanan.
Bekas untuk memasak makanan tahan panas
Bekas untuk menyimpan pinggan selepas dibasuh
10.
Apa itu Gedong?
Pasar
Hospital
Bangunan
Mahkamah
11.
Banyak lagi soalan tapi cukup laa setakat ni. Apa itu KEMARIN DULU?
3 hari lepas
Minggu lepas
Semalam
Kelmarin
12.
Apa maksud ‘Cha kapa teka’ pada soalan 1 di atas?
Sila kamu teka
Cuba kamu teka
Kalau kamu teka
Boleh kamu teka
13.
Soalan Bonus tapi bukan pasai loghat. Apa nama jalan utama nak pi Tasik Melati?
Jalan Siantan
Jalan Songan
Jalan Santan
Jalan Labu
14.
Kalau terra sangat ‘kebaih’ tu apa?
Anai-anai
Semut-semut
Rembat
Curi
15.
Kalau ‘kebaih’ dah tau, ‘rembat’ pulak apa dia?
Jaringan gol
Kipas
Ambil tanpa kebenaran
Galah
16.
‘Cemerkap’ ni lagu mana pula?
Sesal yang tak sudah
Usaha yang gigih
Mencari ikan guna serkap
Buat sesuatu kelam-kabut
17.
Kala ’senereh’ atau ejaan lain ’senegheh’ apa dia?
Bersama atau bersatu
Bergasak atau berhati-hati
Bermain atau bercerita
Bergesel atau bersua
18.
‘Membor’ tu kawan ataupun ‘member’, kala ‘beykot’ atau ‘bekoit’ apa dia?
Baju kot
Parang
Gelang
Boycott atau boikot

2 Respons leave one →
  1. 2009 Julai 21
    Zyma Saad permalink

    Salam En.Kelu….

    Pagi semalam sy pegi Padang Besar. Shopping gituu..
    nampak mendung di langit, tapi hujan sekejap2 & sekerat2 je. :)

  2. 2009 Julai 22
    Sikelu permalink

    zyma…
    haah sekarang ni hujan tak menetu la.. dah tu tak menyeluruh.. kadang2 Padang Besar hujan lebat.. Kuala Perlis Tak de pon… gamaknya zaman dah manyak berubah dah kot.. hmm kalau nak rasa sejuk mai pulak bulan 10-11 nih, gerenti sejuk ooo

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS