Get Latest Entry!

Follow Me... [url]http://sangkelu.blogspot.com[/url]

Al kisah.. Keriang dot..

2009 Mei 24
by abah atieq
Hari ni, tengah dok ronda-ronda dari blog ke blog, tiba-tiba ternampak satu keratan akhbar kat blog usoong nih, berita yang tertempek kat blog dia hanyalah gambaq keratan akhbar cerita tentang keriang dot. sebenarnya bila sebut buah keriang dot aku rasa lebih pada sebutan di sebelah Utara Semananjung Malaysia ( Kedah dan Perlis), kat tempat lain tak tahu lah pulak di panggil buah apa. Hmm  berita yang di petik dari Utusan Malaysia aku rasa, lebih kurang macam ni berita dia.. 

ini keratan akhbarnya..


Buah keriang dot semakin pupus

JERLUN 14 Mei – Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur.

Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.Ibrahim Mansur, 51, berkata, pokok keriang dot di halaman rumahnya sudah berusia hampir 20 tahun. ”Ayah saya yang menanam pokok ini dan kami memang tertunggu-tunggu apabila tiba musim buah keriang dot.

“Rasanya yang unik dan jarang ditemui menyebabkan rumah saya menjadi tumpuan apabila tiba musim buah ini,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Tempayan Pecah di sini baru-baru ini. Menurut Ibrahim, anak-anak kecil di kampung lebih mengenali buah ini dengan nama ‘anggur Malaysia’ kerana gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur.

Katanya, selain mempunyai rasa yang enak buah ini juga berkesan bagi membantu pesakit kencing manis mengurangkan kadar gula dalam darah mereka. ”Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, mereka tidak perlu bimbang untuk menjamah buah ini kerana ia tidak mempunyai kesan yang buruk bagi penghidap penyakit ini. ”Biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum,” jelasnya.

Ibrahim menambah, buah keriang dot semakin sukar diperoleh kerana pokok keriang semakin pupus. ”Buah ini mempunyai khasiat daripada segi perubatan dan buah ini boleh dikomersialkan jika kajian saintifik mengenai khasiatnya dijalankan secara menyeluruh. “Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia di sebalik buah keriang dot,” ujarnya.


ini lah buah di pokok nya
Sesungguhnya aku penggemar buah keriang dot nih sejak kecik sampai la sekarang, tetapi memang susah nak dapat sekarang ni, tapi masih ada di mana-mana, tak la sampai nak pupus cuma dah kurang kelihatan, akukatakan susahnak dapat pasal, akukena pi mintak di umah orang lain baru ada, kat umah aku tak da, itu yang je yang susahnya.. tapi khamis dan jumaat ari tu ada juga kawan aku yang bawak dari umah dia, boleh juga kau merasa

Network kat rumah..

2009 Mei 24
by abah atieq
Okeh.. nih gambar Athirah yang dah pandai senyum memikat..
ooo.. patuh lah, dok kenen nak ajak pi Playland kat belakan tuh… hu huu tak kuasa nak layan.. makan lagi baik.. ha haa haa

Salah satu angan-angan aku ialah nak buat wireless kat rumah, bukan apa saja-saja seronok, dan kebetulan mem akuperlus sangat nak guna laptop, untuk kerja-kerja dia juga pasai dia nak sambung belajar, maka terkedek-kedek la kami pi cari laptop , tapi ingatnya sebelum tu sempat juga membeli belah kat Tesco Mergong, yer lah baru dapat gaji.. beli siap-siap la barang keperluan, sekalimasa dok jalan-jalan cari awek barang, ternampak satu kedai komputer, jadi masuk jerlah , kononnya nak tengok-tengok saja, sekali terus terbeli laptop kat situ, hmm senang keja, tak yah dok pikaiq lagi dah, kang tak jadi beli la pulak…. 
ini lah laptop mem aku, biasa dan tak canggih manggih, sekadar untuk kegunaan typing dan surf internet.. jadi tak der mende nak mahalnya lahkan..?
dan ini lah G Router tu.. belum dapat di uji lagi.. sejauh mana dia boleh pi tak tau la…

Dah lajak beli laptop, kang mesti nak guna internet juga, sebelum nih pakai modem adsl sajor.. tak der sharing pon.. jadi keluar je lah modal beli satu router dlink nih, balik dari Tesco punya lah semangat nak setup wireless bagai, tapi akhirnya mungkin salah baca arahan, or salah tekan button terus dengan setting-setting adsl modem tu hilang, last-last semalaman tak de letrik internet, punya la tension terus aku katup semua, gi tido, bosann nak tengok… jadi pagi nih selepas segala kerja-kerja kat umah ni selesai (gi nat, cuci keta, bawak Athirah jalan-jalan, dsbnya..) dalam kol 12.00 lebih baru aku ngadap balik pc nih dan buat semula sambungan internet, lepas tu buat wireless networking .. he hee tak le susah sangat pon.. dengan bantuan secara online (tepon la..) dari kawan-kawan.. seleasai lah keja aku.. yess akhirnya aku aku ada wireless kat rumah, jadi yang hok dan balik kampung tu.. tak yah berebut PC dah no.. internet dah leh syer.. 

testing……..

2009 Mei 23
by abah atieq
testing dari laptop mem.. layan sajo ler
 
  
  
 
sekian la

Recap.. program bacalah manjaku2

2009 Mei 21
by abah atieq
Minggu lepas, 14.05.09 aku pergi satu program perpustakaan yang dijalankan di Klinik Talasemia Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.. sebelum ni aku aku pon tak tahu apa itu Talasemia.. jadi aku mengadap la Mr Wiki nih cari apa itu Talasemia, secara ringkasnya :- Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin(Hb) yang rendah (anemia). Kalau nak tau lebih lanjut boleh la rujuk kat Mr Wiki nih..

Program ini di beri nama ‘Bacalah Manjaku’, mungkin kerana kanak-kanak ni sentiasa mendapar rawatan selalu di sini, maka depa pon dah jadi macam anak angkat hospital.. dan program ‘Bacalah Manjaku’ ini merupakan satu program amal, di mana wad Talasemia ini akan di tempatkan Bahan-bahan bacaan juga barangan permainan. Bahan bacaan ini di sumbangkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, manakala set permainan di sumbangkan oleh Yayasan Emkay yang juga mengendalikan I Play Toy Library. Raja Perempuan Perlis,D.Y.M.M Tuanku Tengku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid berkenan mencemar duli untuk merasmikan Program Bacalah Manjaku sempena Sambutan Ulantahun Hari Keputeraan D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis ke 66 bertempat di Dewan Mawar,Hospital Tuanku Fauziah,Kangar,Perlis pada  14 Mei 2009(Khamis) jam 9.30 pagi. 



Ketibaan Tuanku Raja Perempuan Perlis

Persembahan dari kanak-kanak pesakit Talasemia

Artis jemputan.. Nurul bercerita kepada anak-anak pesakit Talasemia

Selepas acara rasmi.. maka sesi bergambar bersama Tetamu Di Raja dan Tetamu undangan lain

Acara sampingan lai ialah permainan I Play Toy Library, ada juga Kolaj Bijirin, Aktiviti Mewarna, Bercerita dan juga bermacam-macam aktiviti lagi.. 

Cerita pasal mempelam..

2009 Mei 20
by abah atieq
Nak aku ceta pasal mempelam, tapi sudah terlewat sangat rasanya, maklum lah sekarang ni kawan-kawan yang berblog dah ramai, tentu ceta-ceta pasla mempelam nih orang dah tak layan kan? Walaupun begitu nak juga aku selitkan ceta pasal mempelam, kalau nak ceta pasal harumanis nih korang boleh lah jenguk-jenguk blog pasal ni kat sini :,

Tapi yang nak aku ceta ni pasal buah mempelam kesukaan arwah mak aku ni, dia memang suka mempelam nih kerana dia agak manis serta masam-masam manis macam tu, buah dia kecik saja, entah campuran dari sebatian mempelam mana maka terhasil lah mempelam kecik manis nih. Dek kerana suka mempelam nih, mak aku tak mau kait tapi di biarkan luruh sendiri baru kutip.. dan bila dah luruh boleh terus di makan tak payah di peram-peram lagi dah..

Eh ceta panjang-panjang pon tak best, kang tengok sajalah gambo nya.. kalau sapa nak datang cepat.. buah nya dah nak abis.. cepat la kalau teringin..

Ini buah dia.. kecik kemetot saja..
nampak tu.. buah dia dah tak banyak…
tapi bila dah di himpun-himpun jadi banyak juga sudahnya..
haah yang kuning tu buah yang dah di hiris.. yang oren tu adalh buah harumanis.. hmm bila dah di makan dengan pulut lemak.. aduh sodap oooo ( err zie [The Eyes Of Princess Redbloodsnow™  ] tangkap nangis yek .!!??)